Baby & Me

Just another WordPress.com site

Result Baby & Me Cute Giveaway November 1, 2010

Filed under: contest — justnia @ 12:00 am
Sebelum tu, aku kena explain dulu, hadiahnya key-chain kura-kura. Bukan fridge magnet ya.
Ok, ini resultnya.
4 penerima key-chain penyu ialah :
Ini 6 hadiah tambahan, sebab ramai yang join, macam tak sesuai pulak hadiah 4 je. hehe..Tapi, hadiahnya, key chain lain, bukan yang kura-kura tu ya.
Tahniah pada yang berjaya. Sila email alamat ke unlisted_one90@yahoo.com.my untuk hadiah ya.
Kepada yang tak berjaya, jangan risau, insha’ Allah, ada rezeki, aku buat GA lagi.
Advertisements
 

Keputusan Perlawanan Akhir Kelantan Lawan Negeri Sembilan Oktober 31, 2010

Filed under: bola — justnia @ 12:00 am
Sesungguhnya aku bukan peminat bola. 
Suami aku kata keputusannya
2 -1
Kelantan yang 2 gol tu yer…hmmm..
Korang minat bola??
(aku terang2 tak..hehe)
 

Stail berpakaian korang? Oktober 30, 2010

Filed under: fesyen tudung — justnia @ 1:00 am

Aku tak pernah peduli apa aku pakai. Mak aku kata aku ni asalkan boleh sangkut kat bahu, mesti aku pakai aje. Tapi, aku suka tengok stail orang lain. Terutama sejak aku kenal Ajjah. Dari blog dia aku explore beberapa blog fashion..hehe. Kredit to Ajjah 😉

Stylecovered by Hana (designer Maysaa)
The Style Blog by Yuna Zarai (yes, penyanyi tu)
Apa stail fesyen korang? Atau pun korang macam aku, pakai apa saja yang boleh masuk? haha
 

Makan ini untuk mudah mengandung Oktober 29, 2010

Filed under: mudah mengandung,petua untuk mengandung — justnia @ 12:00 am
Ada kawan di ofis bertanyakan khabar aku semalam, selepas insiden ini.
Kawan ni Chinese, dia tahu aku dah 2 kali mendapat insiden yang sama. Jadi, dia beritahu aku, di kalangan keluarga dan kawan-kawannya, mereka anggap makanan ini sebagai ‘super food’ yang boleh menjaga ‘kesihatan’ telur2 kita, bagi memastikan bayi yang dihasilkan adalah sihat, insha’ Allah. Dia suruh aku amalkan makan 
‘Royal Jelly’
source: here
Secara jujurnya, aku belum pernah dengar yang ia berguna untuk mengandung, tapi kalau kita cuba ‘google’, memang ada disebut dalam beberapa artikel tentang khasiat ‘Royal Jelly’ untuk mendapat anak. TAPI, harus diingat, aku tak jumpa sebarang artikel yang mengatakan ‘Royal Jelly’ ni dah diuji dari segi saintifik untuk membantu kesuburan. Kiranya, ini sekadar petua tanpa sokongan dan bukti-bukti saintifik la ni.
Tapi, disebabkan yakinnya kawan aku tu, maka aku rasa aku nak cuba. Kita cuma berusahakan, Allah yang menentukan.
Tapi, kalau orang yang ada ‘allergy’ pada debunga, tak boleh makan ni, takut ada kesan lain pulak.
Korang tau kat mana boleh beli Royal Jelly halal?

 

Ko rasa ko cantik ke? Oktober 28, 2010

Filed under: ayu raudah,rozita che wan — justnia @ 12:00 am

Apa itu cantik? Apa yang aku perasan, sejak zaman aku belajar sampai sekarang, aku gagal mengkategorikan seseorang kawan tu sebagai cantik atau tak. Kalau orang tu aku tak kenal, ok, boleh aje aku kategorikan, dia ni cantik ke, manis ke..ape ke… Tapi kalau aku dah kenal orang tu, ko cantik atau tak, aku tak dapat bagi jawapan.

Cantik macam Ayu Raudah & Rozita Che Wan?
pic source: google

Sebab aku ada satu perangai ‘weird’ dalam otak aku, kalau orang tu kawan aku, atau kalau bukan kawan pun, tapi aku tau dia baik, aku terus rasa dia cantik.

Dulu masa zaman aku belajar, aku pernah nak kenalkan seorang kawan aku pada sepupu aku. Mak aku kata, kawan aku ni biasa saja, tak la tak lawa, tapi biasa-biasa saja. Tapi, masa aku ‘describe’ dia pada mak aku, memang aku kata kawan aku ni lawaaaaa sangat.

 Tau kenapa?

Sebab kawan aku ni baik.

Perangai aku ni terbawa-bawa sampai sekarang, siapa aje yang baik, cantik la orang tu pada pandangan aku. Tapi, tolong la jangan tanya aku sendiri, aku ni cantik atau tak? sebab aku sendiri tak tahu dan tak kisah..haha..

Apa definisi cantik pada korang?

Nota kaki : aku tak sempat balas kunjungan korang semalam, sorry sgt2, akan dibuat ASAP

 

Makan ayam dengan keju Oktober 27, 2010

Filed under: Dominos Pizza — justnia @ 12:12 am
Aku baru try chicken crunchies kat Dominos.
source: Dominos
Makan cicah dengan cheese dip.
Aku rasa macam nugget ayam aje.
Apa yang aku suka : Cheese dip tu! I Love Cheese!!
Apa yang aku kurang suka : Rasanya macam nugget ayam biasa aje (suami aku tanya, abih tu nak rasa mcm ape, takkan nak rasa ikan pulak, nama pun chicken??)
Kebarangkalian nak order lagi : Tak kot, aku lagi suka makanan lain-lain kat Dominos tu.
Korang minat nak try tak?
 

Ponti Anak Remaja = Twillight? Oktober 25, 2010

Filed under: astro,liyana jasmay,ponti anak remaja,twillight — justnia @ 5:30 pm
Ada drama baru akan disiarkan di Astro Ria.
Source: here
Penerbit drama bersiri ini mungkin sedar betapa popularnya cerita-cerita bertemakan Vampire sekarang. Contohnya
source: here
Twillight
source: here
Vampire Diaries
Dari sinopsisnya, aku rasa memang jalan cerita tersendiri dan tak tiru Twillight atau Vampire Diaries. Cuma persamaan dari segi tema saja, iaitu Vampire  Lebih-lebih lagi, pontianak Melayu tak sama dengan pontianak (vampire) mat salleh ni. Cerita-cerita macam ni, tengok untuk hiburan saja la ya.
Baca penafian persamaan Ponti Anak Remaja di sini
Ini Mini MTV untuk drama bersiri ni

http://www.youtube.com/v/HhGaTCzUdLg?fs=1&hl=en_US

Aku perasan sesuatu bila aku baca OhBulan!
source: oh bulan!
Ini salah satu watak cerita Ponti Anak Remaja
source: here
Ini Edward Cullen dalam Twillight
Aku nak tanya pendapat korang, sama ke?