Baby & Me

Just another WordPress.com site

Ko rasa ko cantik ke? Oktober 28, 2010

Filed under: ayu raudah,rozita che wan — justnia @ 12:00 am

Apa itu cantik? Apa yang aku perasan, sejak zaman aku belajar sampai sekarang, aku gagal mengkategorikan seseorang kawan tu sebagai cantik atau tak. Kalau orang tu aku tak kenal, ok, boleh aje aku kategorikan, dia ni cantik ke, manis ke..ape ke… Tapi kalau aku dah kenal orang tu, ko cantik atau tak, aku tak dapat bagi jawapan.

Cantik macam Ayu Raudah & Rozita Che Wan?
pic source: ´╗┐google

Sebab aku ada satu perangai ‘weird’ dalam otak aku, kalau orang tu kawan aku, atau kalau bukan kawan pun, tapi aku tau dia baik, aku terus rasa dia cantik.

Dulu masa zaman aku belajar, aku pernah nak kenalkan seorang kawan aku pada sepupu aku. Mak aku kata, kawan aku ni biasa saja, tak la tak lawa, tapi biasa-biasa saja. Tapi, masa aku ‘describe’ dia pada mak aku, memang aku kata kawan aku ni lawaaaaa sangat.

 Tau kenapa?

Sebab kawan aku ni baik.

Perangai aku ni terbawa-bawa sampai sekarang, siapa aje yang baik, cantik la orang tu pada pandangan aku. Tapi, tolong la jangan tanya aku sendiri, aku ni cantik atau tak? sebab aku sendiri tak tahu dan tak kisah..haha..

Apa definisi cantik pada korang?

Nota kaki : aku tak sempat balas kunjungan korang semalam, sorry sgt2, akan dibuat ASAP

Advertisements