Baby & Me

Just another WordPress.com site

Keputusan Perlawanan Akhir Kelantan Lawan Negeri Sembilan Oktober 31, 2010

Filed under: bola — justnia @ 12:00 am
Sesungguhnya aku bukan peminat bola. 
Suami aku kata keputusannya
2 -1
Kelantan yang 2 gol tu yer…hmmm..
Korang minat bola??
(aku terang2 tak..hehe)
 

Ini la sebab aku tak suka World Cup Julai 13, 2010

Filed under: bola,madihah,sweeties,world cup — justnia @ 6:50 pm
Ini bola Diha. Dia suka sangat main tendang-tendang bola ni. Sebagai ibu ‘mithali’, aku pun konon nak layan Diha main bola ni semalam. Aku pun tendang-tendang bola ni ke arah dia.

Sampai la bola ni ada kat sudut yang ada saluran paip ni, aku dengan konfidennya tendang la bola tu (pakai selipar aje masa tu), tapi kaki aku tak sengaja tertendang bahagian hujung paip tu…
Sakit dia tak boleh nak cakap,..(tapi, bersalin lagi sakit la, haha). Ibu jari aku luka teruk.
Diha tersengih aje tengok aku. Mungkin dia fikir:
1) Mak ni buat-buat aje kot? 
atau
2) Eii, mak ni, baru main bola macam tu dah luka, Diha releks aje..hehe
Sebab ni la aku tak suka main bola sepak. Termasuk la World Cup. Hehe, sesuai ke alasan aku? 
Mak aku kata, Diha ni boleh main bola sepak wanita besar nanti. Tapi aku ada dengar, nanti budak perempuan hilang identiti femininnya kalau main bola sepak?
Betul ke tu?