Baby & Me

Just another WordPress.com site

Makan ayam dengan keju Oktober 27, 2010

Filed under: Dominos Pizza — justnia @ 12:12 am
Aku baru try chicken crunchies kat Dominos.
source: Dominos
Makan cicah dengan cheese dip.
Aku rasa macam nugget ayam aje.
Apa yang aku suka : Cheese dip tu! I Love Cheese!!
Apa yang aku kurang suka : Rasanya macam nugget ayam biasa aje (suami aku tanya, abih tu nak rasa mcm ape, takkan nak rasa ikan pulak, nama pun chicken??)
Kebarangkalian nak order lagi : Tak kot, aku lagi suka makanan lain-lain kat Dominos tu.
Korang minat nak try tak?
 

Akhirnya buka puasa yang aku suka! Ogos 29, 2010

Filed under: Dominos Pizza,puasa — justnia @ 2:00 am
Dah masuk 18 Ramadhan, aku memang tak pernah demand untuk makan berbuka. Tapi semalam aku memang puas hati dengan makanan berbuka aku. Ini  dia
*
*
*
DOMINOS!!
Aku suka Aloha Chicken, En.Suami suka Tuna Temptation, persamaan kami dua-dua pun ada nenas
Close up Aloha Chicken, tapi tak cukup best macam Farra Dhelina punya..haha
Apa juadah berbuka puasa korang yang paling ideal?
 

Try Pizza dari Canada Ogos 5, 2010

Filed under: Dominos Pizza,makanan — justnia @ 9:25 pm
Biasa kita dengar pizza ni asalnya dari Italy kan? Kami baru aje try pizza dari Canada.

Pizza ni spesial sebab boleh beli slice aje. Kalau kedai pizza biasa kena beli satu pizza teruskan?
Kotaknya pun ada macam-macam saiz ikut slices pizza yang kita beli tu.
Nama pizza ni ‘Magharita’ (macam nama minuman yang kita tak boleh minum tu je..hehe). Ini pizza yang gunakan 100% cheese. Kalau suka makan cheese macam aku, boleh la layan..
Ini yang uniknya Canada pizza ni, dia boleh buat pizza yang kita order tu sebelah-sebelah lagi. 
Kiri : Canada Thin Crust; Kanan: Hawaian (ada nenas bagai)
Secara jujurnya, berdasarkan harganya (RM4.50 sekeping kalau tak silap), kira berpatutan la.
Aku Suka: 1) Pizza ni boleh beli ikut slices, tak payah beli satu pizza tu, jadi boleh try macam-macam jenis.
2) Kotak pizza ni unik dan senang untuk bawak balik.
Aku Tak Suka: 1) Rasa pizza ni kurang ‘kick’ sikit la berbanding pizza Dominos
Kemungkinan Beli Lagi : Mungkin kot, time pokai tapi teringin nak makan pizza.
P/S : Setakat ni yang aku tahu, Canada Pizza ni ada di Tesco X-Tra dan Giant Shah Alam.
Korang suka Pizza apa?
 

Taktik fast food ke ni? Julai 31, 2010

Filed under: Dominos Pizza,Sharing is caring — justnia @ 2:09 am
Aku selalu dengar orang komplen tentang KFC, gambar produk tak sama macam sebenarnya. Biasanya yang orang komplen tu daru segu saiz la. Katanya saiz sebenar tak sebesar didalam gambar. Pada aku, itu semua takpe lagi, sebab dalam gambar tu nampak besar mungkin sebab dia fokus pada produk tu sahaja.
Baru-baru ni aku dapat tengok satu lagi,..
Creamy Custard Dominos
Aku memang gila-gila suka makan Dominos. Tak tau kenapa, mungkin sebab aku sukakan thin crust & double decker crust dia tu.
Aku perasan Dominos ada keluarkan produk baru (Creamy Custard) masa nak order baru-baru ni.
Dengan excitednya aku pun order juga la.
Ini rupa kotaknya
Ini la rupa sebenarnya
Ini rupa cream kat dalamnya
Amacam? Nampak berbeza tak?
Aku Suka: Sesuai untuk jadikan ‘dessert’ sebab dia manis (aku ni suka manis) dan aku sukakan rasa custard.
Aku Kurang Suka: Dalam gambar nampak macam rangup, tapi sebenarnya macam ‘dough’. Jadi selepas makan pizza, memang jadi tak berapa lalu nak nak makan. Kalau rangup mesti sangat sedap.
Kebarangkalian Beli Lagi: Mungkin beli lagi
Gred : B
Ada apa-apa makanan yang korang tak puas hati? Mari kongsi kat sini.