Baby & Me

Just another WordPress.com site

Stail berpakaian korang? Oktober 30, 2010

Filed under: fesyen tudung — justnia @ 1:00 am

Aku tak pernah peduli apa aku pakai. Mak aku kata aku ni asalkan boleh sangkut kat bahu, mesti aku pakai aje. Tapi, aku suka tengok stail orang lain. Terutama sejak aku kenal Ajjah. Dari blog dia aku explore beberapa blog fashion..hehe. Kredit to Ajjah 😉

Stylecovered by Hana (designer Maysaa)
The Style Blog by Yuna Zarai (yes, penyanyi tu)
Apa stail fesyen korang? Atau pun korang macam aku, pakai apa saja yang boleh masuk? haha
Advertisements
 

Tudung RM10 September 21, 2010

Filed under: fesyen tudung,madihah — justnia @ 12:37 am
Tudung ni harganya RM10. Aku beli untuk Hari Raya.
Tapi, budak kecik ini cuma pakai 10 saat aje. Masa bergambar ni. Lepas tu dia terus bukak. Hisyk,..simpan untuk tahun depan la nampaknya. Ingat nak train Diha pakai tudung,..hehe. 
Umur berapa sesuai ya nak train anak pakai tudung ni? 
Diha sekarang ni 2 tahun. 
 

Tudung Maysaa Ogos 14, 2010

Filed under: fesyen tudung,maysaa scarves,tudung ariani — justnia @ 1:00 am


1st time aku dengar Ajjah nak beli tudung ni, aku tak rasa aku mampu sebab dia ‘based’ di London (international delivery). Lagi pun, aku memang tak begitu bijak dalam berfesyen. Aku tak rasa aku akan pakai kalau beli pun. 

Source : Maysaa
Tapi, bila sampai aje tudung yang Ajjah order ni (dan seperti mana biasa aku memang suka menyebok nak tengok), aku terus terkesima (perghh!). 
source: stylecovered
Pereka tudung ni, Hana-Tajima Simpson.
Ayahnya orang Jepun dan mak ‘English’. ‘Convert’ Islam sejak 4 tahun yang lalu. (Alhamdulillah!)
Katanya tujuan dia design fesyen muslimah ni supaya muslimah akan lebih ‘motivated’, lebih-lebih lagi muslimah macam dia yang hidup di negara majoriti bukan muslim.
Boleh baca tips-tips fesyen di blognya stylecovered..(blog ini pun Ajjah jugak yang tunjuk, hehe)
Kalau nak baca pendapat tentang produk ni, boleh pergi ke blog Ajjah.
Cantik tak tudungnya? Pada aku canteeeekkkkk!