Baby & Me

Just another WordPress.com site

Ponti Anak Remaja = Twillight? Oktober 25, 2010

Filed under: astro,liyana jasmay,ponti anak remaja,twillight — justnia @ 5:30 pm
Ada drama baru akan disiarkan di Astro Ria.
Source: here
Penerbit drama bersiri ini mungkin sedar betapa popularnya cerita-cerita bertemakan Vampire sekarang. Contohnya
source: here
Twillight
source: here
Vampire Diaries
Dari sinopsisnya, aku rasa memang jalan cerita tersendiri dan tak tiru Twillight atau Vampire Diaries. Cuma persamaan dari segi tema saja, iaitu Vampire  Lebih-lebih lagi, pontianak Melayu tak sama dengan pontianak (vampire) mat salleh ni. Cerita-cerita macam ni, tengok untuk hiburan saja la ya.
Baca penafian persamaan Ponti Anak Remaja di sini
Ini Mini MTV untuk drama bersiri ni

http://www.youtube.com/v/HhGaTCzUdLg?fs=1&hl=en_US

Aku perasan sesuatu bila aku baca OhBulan!
source: oh bulan!
Ini salah satu watak cerita Ponti Anak Remaja
source: here
Ini Edward Cullen dalam Twillight
Aku nak tanya pendapat korang, sama ke?
 

Apa yang korang tak suka tentang Twillight? Jun 19, 2010

Filed under: eclipse,nuffnang,stephenie meyer,twillight,twillight books — justnia @ 1:02 am
Aku terbaca di blog kancilbiru teringat janji aku pada Lily untuk men’dedicate’ kan sebuah entry Twillight untuknya..hehe.

Aku dah baca semua buku dalam siri “Twillight’..tapi oopps, bukan beli sendiri..pinjam punya. Sampai berbulan pinjam, bukan sebab nak baca ulang-ulang, tapi sebab tak habis2 membacanya. Ye la, tiap kali aku nak baca, Diha pun sibuk nak baca sama. Lepas tu bila orang bagi, dia baca buku terbalik lak…adoi!

Source : teenymanolo

Kalau kira tentang idea, memang bagus idea Stephenie Meyer ni. Iye la, orang tak terfikir sangat pasal vampire bercinta dengan manusia kan. Jadi, kisah yang dipaparkan jadi sangat menarik Tapi ada ramai orang yang tak suka dan kata buku-buku ni menunjukkan betapa tak independentnya watak heroin (Bella) dalam cerita tu sebab sentiasa kena bergantung pada boyfriend.

Aku takde komen tentang ni, sebab bila aku membaca atau tengok filem dia, aku anggap sebagai hiburan semata-mata. Aku tak serius sangat..hehe. 

Source: nuffnang
Tapi, kalau berkesempatan, aku nak tengok filem ni. Nuffnang nak bagi 50 tiket free ni. Details boleh tengok dekat sini.
Tengok trailer macam best je,..layan..

Apa yang korang TAK SUKA atau SUKA tentang Twillight? 
atau pun, kalau korang tak tau pun pasal Twillight, kenapa?